AMBILAN JUN TELAH DIBUKA
Mod Pengajian
📌 Hibrid (kelas fizikal dan kelas dalam talian)
📌 Kelas fizikal dua bulan sekali sahaja mengikut keperluan
📌 Kelas dalam talian pada hujung minggu sahaja
Tempoh Pengajian
📌 6 bulan
Sijil Profesional Tahfiz Al-Quran merupakan program pembangunan Huffaz yang dirangka khusus bagi melahirkan generasi penghafaz Al-Quran yang berkualiti, berdisiplin dan berakhlak mulia. Program ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada hafazan Al-Quran secara syafawi (lisan) dan tahriri (bertulis), malah memperkukuhkan pelajar dengan ilmu tajwid, asas qiraat, pengajian Islam dan adab sebagai Hamalatul Quran.
Kurikulum ini dibina dengan gabungan pengajian teori dan praktikal, berpandukan rujukan-rujukan muktabar serta pendekatan terkini dalam pembelajaran al-Quran. Dengan bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman, pelajar akan dibentuk menjadi Huffaz profesional yang berintegriti dan mampu menyumbang dalam bidang pendidikan, dakwah dan kepimpinan masyarakat.
Hifz al-Quran (Syafawi) - 15 Juz dan 10 Surah Pilihan
Hifz al-Quran (Tahriri) - 15 Juz dan 10 Surah Pilihan
Tajwid Ilmi
Asas Qiraat
Pengajian Islam
Adab Hamalatul Quran
Berumur 15 tahun ke atas
Berminat dan berdisiplin tinggi