AMBILAN JUN TELAH DIBUKA
Bidang pengajian profesional merujuk kepada program pendidikan yang dirangka khusus untuk membangunkan kemahiran praktikal dan pengetahuan mendalam dalam sesuatu bidang kerjaya. Berbeza daripada pendidikan akademik yang lebih bersifat teori, pengajian profesional menekankan aplikasi dunia sebenar, latihan industri, serta pembangunan kompetensi yang relevan dengan keperluan pasaran kerja. Program ini merangkumi pelbagai disiplin seperti pengurusan, teknologi, pendidikan, dan kemahiran teknikal, dengan matlamat melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, berdaya saing, dan bersedia menghadapi cabaran dalam industri masing-masing.
Program ini direka untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan mendalam mengenai prinsip-prinsip Islam serta dilengkapi dengan kemahiran profesional yang diperlukan untuk bersaing dalam industri Islamik. Dengan mengintegrasikan elemen akademik dan praktikal, program ini menekankan pembangunan kepimpinan, etika profesional, inovasi dalam pengurusan dan kecekapan komunikasi dalam konteks Islam.
Program yang kami tawarkan mendapat pengiktirafan dan penganugerahan daripada UTM Space.
Professional Undergraduate Level 4 merujuk kepada program diploma profesional yang direka untuk membangunkan kemahiran khusus dalam bidang profesional melalui gabungan pendekatan teori dan latihan praktikal, menyediakan asas kukuh untuk kemajuan kerjaya serta peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Butiran-butiran program yang terperinci ada dinyatakan pada page program akademik yang boleh dijadikan rujukan.