AMBILAN JUN TELAH DIBUKA
Mod Pengajian
📌 Hibrid (kelas fizikal dan kelas dalam talian)
📌 Kelas fizikal dua bulan sekali sahaja
📌 Kelas dalam talian pada hujung minggu sahaja
Tempoh Pengajian
📌 4 bulan
Sijil Profesional Profesion Imam dan Pegawai Masjid direka khas untuk melahirkan barisan imam dan pegawai masjid yang berilmu, berkemahiran dan berwibawa, dalam mengurus hal ehwal ibadah dan pentadbiran masjid secara profesional.
Kursus ini memberi tumpuan kepada penguasaan ilmu tajwid, fiqh ibadah, komunikasi dakwah, asas bahasa Arab, serta kemahiran pengurusan masjid dan komuniti. Pelajar juga akan menjalani latihan praktikal seperti pengurusan jenazah dan simulasi khutbah, selain mempelajari teori bersama pensyarah berpengalaman.
Program ini menyasarkan untuk membentuk pemimpin masjid yang bukan sahaja berperanan dalam ibadah dan pentadbiran, malah menjadi penggerak komuniti dan pendakwah dalam membangunkan ummah.
Al-Quran dan Tajwid
Fiqh Ibadat
Asas Bahasa Arab Komunikasi
Pengenalan Komuniti Masjid
Peranan, Tugas dan Tanggungjawab
Pengurusan Institusi Masjid
Berumur 17 tahun ke atas
Berminat dan berdisiplin tinggi