AMBILAN OKTOBER TELAH DIBUKA
Mod Pengajian
📌 Hibrid (kelas fizikal dan kelas dalam talian)
📌 Kelas dalam talian pada hujung minggu sahaja.
📌 Kelas fizikal dua bulan sekali pada hujung minggu.
Tempoh Pengajian
📌 2 tahun 4 bulan (7 semester) atau
📌 1 tahun (3 semester)
Program ini merupakan program akademik berstruktur yang ditawarkan khusus bagi melahirkan pegawai masjid yang berilmu, berkemahiran dan berintegriti. Program ini menekankan penguasaan dalam bidang pengajian Islam seperti akidah, syariah, dan ilmu al-Quran serta kemahiran pengurusan masjid secara holistik.
Pelajar akan dilengkapkan dengan kefahaman teori dan praktikal dalam pentadbiran masjid, psikologi masyarakat, dakwah Islamiah, komunikasi pelbagai bahasa, serta pemerkasaan pembangunan modal insan melalui institusi masjid. Program ini juga menyediakan ruang pemantapan hafazan al-Quran dan latihan amali seperti metodologi kajian dan projek akhir.
Dengan pendekatan modular dan gabungan ilmu tradisional dan kontemporari, program ini menjadi laluan pendidikan yang komprehensif kepada individu yang ingin berperanan sebagai pemimpin institusi masjid yang relevan dan berwibawa dalam masyarakat moden.
DIPLOMA 7 SEMESTER
Hifz al-Quran
Murajaah al-Quran
Al-Quran dan Tajwid
Fiqh Ibadat
Fiqh Muamalat
Akidah Islamiah
Psikologi Umum Menurut Perspektif Islam
Kaunseling dan Perundangan Islam
Asas Pengurusan Kaunseling Islam
Metodologi Dakwah
Metodologi Kajian
Pentadbiran Masjid
Pengurusan Komuniti Masjid
Institusi Masjid dalam Memperkasa Pembangunan Modal Insan
Etika Kerja Profesional
Kertas Projek
Bahasa Arab Komunikasi
Tatabahasa Arab
Morfologi Bahasa Arab
Bahasa Inggeris Komunikasi
Bahasa Mandarin
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Sijil Profesional / Sijil Tahfiz Malaysia / sijil GCE O-Level / setara dengannya
Berminat dan berdisiplin tinggi
DIPLOMA 3 SEMESTER
Hifz al-Quran
Murajaah al-Quran
Al-Quran dan Tajwid
Fiqh Ibadat
Fiqh Muamalat
Akidah Islamiah
Psikologi Umum Menurut Perspektif Islam
Kaunseling dan Perundangan Islam
Asas Pengurusan Kaunseling Islam
Metodologi Dakwah
Metodologi Kajian
Pentadbiran Masjid
Pengurusan Komuniti Masjid
Institusi Masjid dalam Memperkasa Pembangunan Modal Insan
Etika Kerja Profesional
Kertas Projek
Bahasa Arab Komunikasi
Tatabahasa Arab
Morfologi Bahasa Arab
Bahasa Inggeris Komunikasi
Bahasa Mandarin
Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan mempunyai 3 tahun pengalaman bekerja yang diperakukan oleh UTMSPACE
Berminat dan berdisiplin tinggi